Senin, 03 Maret 2014

AFMasuk Dibuka Beri Peluang Beraksi Di Final


Rancangan realiti nyanyian nombor satu negara, Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kini sudah hampir ke penghujungnya.

Seperti biasa, AF 2013 meneruskan tradisi seperti mana edisi-edisi terdahulunya dengan memperkenalkan AFMasuk untuk memberi peluang kepada peserta-peserta yang tersingkir beraksi di konsert akhir.

Peserta yang tersingkir, Sani, Darren, Iman, Nona, Irmisa, Suhada dan Azhael kini berpeluang meneruskan perjuangan sekiranya undian peminat di luar sana menyebelahi mereka.

Menerusi portal Murai, talian AFMasuk telah dibuka mulai semalam dan akan berakhir pada jam 9.30 malam ini.

Buat peminat setia bintang-bintang AF2013, jangan lupa mengundi peserta kegemaran anda!

Oleh: AUDREY LEE

0 komentar:

Posting Komentar