Jumat, 20 Desember 2013

WANITA MELAYU DIKURUNG DAN DIROGOL BANGLA

 

Ada dua berita yang amat menyakitkan hati apabila membacanya dan kedua-dua berita tersebut berlaku di Selangor, negeri yang kononnya sangat berjaya di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Negeri yang suatu ketika dahulu, tidak memerlukan PDRM sebaliknya mahukan segala sistem polis diserahkan kepada negeri bagi pembentukan sebuah pasukan polis yang baru di peringkat negeri.

Berita pertama berlaku di Kepong, apabila seorang wanita Melayu dikurung dan dijadikan hamba seks oleh rakyat Bangladesh selama tujuh bulan. Wanita Melayu berkenaan tidak sahaja dirogol, bahkan hampir setiap hari dipukul dan dibelasah kerana keengganannya menjadi pelacur.

Berita kedua pula berlaku di Mentari Court, Petaling Jaya, apabila pasukan polis dan imigresen berjaya menahan beberapa orang Awang Hitam bersama-sama dua orang wanita Melayu yang tinggal dengan mereka dalam sebuah bilik.

Nak salahkan siapa?

Kerajaan Negeri? Kerajaan Pusat atau Polis Diraja Malaysia?

Sebenarnya, kita di sini sentiasa bersikap acuh tak acuh terhadap pendatang asing. Ada juga yang mengambil berat dan membuat laporan kepada pihak berkuasa, tetapi laporan demi laporan yang dibuat, seringkali tidak diendahkan sehinggalah berlaku sesuatu yang mengerikan seperti pembunuhan, perogolan mahupun perompakan, barulah pihak berkuasa kelihatan kecoh hendak bertindak.

Penulis sendiri tinggal di kawasan yang dipenuhi oleh pendatang-pendatang asing yang sebahagiannya penulis amat tahu bahawa mereka langsung tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Lagak pendatang-pendatang asing ini amat menyakitkan mata. Sudahlah pengotor dengan kegemaran meludah merata-rata, mereka juga seperti tidak pernah belajar tentang kebersihan dan sampah-sarap, jauh sekali penyakit denggi dan serangga kecil bernama aedes mahupun tiruk untuk malaria.

Laporan demi laporan telah dibuat, bahkan medium seperti akhbar dan Internet juga telah digunakan untuk menyiarkan berita-berita berkenaan pendatang-pendatang asing yang begitu bermaharajalela di kawasan penulis, namun sehingga kini, tidak ada satu tindakan yang benar-benar berkesan telah diambil oleh pihak berkuasa.

Bahkan pendatang asing dengan penuh bebas, menayang-nayangkan bendera PKR, PAS mahupun UMNO seolah-olah mengejek rakyat tempatan yang berbelah-bahagi kerana perbezaan politik.

Apakah pihak berkuasa mahu orang awam bertindak secara bersendirian untuk menangani isu pendatang, kemudian barulah ada yang akan ke negara-negara asal pendatang tersebut untuk meminta maaf dan tersujud-sujud di atas tanah kerana mengharapkan keampunan atas tindakan penduduk tempatan?

Takkan sampai macam tu sekali?

Pihak berkuasa seharusnya telah bertindak lama tanpa memberi muka walau sedikit pun kepada pendatang-pendatang asing dan haram di Malaysia. Bukannya bila sudah ada kes, barulah berkira-kira hendak merancang untuk ambil tindakan tetapi sampai kiamat pun, tidak ada satu tindakan yang diambil.

Seharusnya juga rakyat Malaysia perlu mengenepikan perasaan mementingkan diri. Jangan sampai kena anak bini dan ahli-ahli keluarga sendiri dek pendatang asing dan haram ini, barulah hendak terpekik-pekik. Sekarang adalah masanya.

Beri masa kepada pihak berkuasa terutama sekali IMIGRESEN untuk bertindak. Kalau mereka tetap juga tidak mahu bertindak, barangkali orang awam sudah boleh membentuk pasukan tersendiri yang dapat membasmi kehadiran pendatang haram di kawasan masing-masing!!! 

0 komentar:

Posting Komentar