Alhamdulillah selepas pulang dari menunaikan haji, kehidupan saya berjalan seperti biasa dan tiada banyak perubahan. Saya bertambah gembira dan bahagia. Peluang dapat mengerjakan haji dengan suami adalah ibarat seperti satu pengalaman temujanji paling indah dalam hidup saya.Kata Mizz Nina lagi, dia juga tidak kisah jika video atau lagunya semasa masih dengan imej lama dimainkan oleh mana-mana pihak kerana perkara itu adalah diluar kawalannya.
Saya juga boleh katakan yang saya adalah Mizz Nina yang baru. Tapi imej berhijab tak menyekat saya untuk teruskan karier nyanyian cuma hala tuju saya dah berubah. Lagu-lagu yang saya nyanyikan akan lebih matang dan dari segi persembahan saya juga berbeza dan sesuai dengan imej saya sekarang.
Dalam masa terdekat ni saya akan membuat persembahan pentas. Saya akan buat bila saya dah betul-betul bersedia. Dan saya rasa kalau sebelum ni saya pernah berkolaborasi dengan beberapa artis luarnegara, saya rasa mungkin tidak ada lagi projek seperti itu.
"Saya masih perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan imej sekarang. Pada saya yang lepas tu biar lah lepas. Andai kata kalau gambar atau muzik video saya yang dahulu di keluarkan atau dimainkan semula, saya tidak kisah. Kerana semua itu bukan atas kawalan saya. Pada saya apa yang berlalu biarlah ia berlalu."
sumber:
0 komentar:
Posting Komentar