SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan enrolmen pelajar sehingga 250,000 orang menjelang 2020, kata Naib Canselornya Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.Beliau berkata sasaran itu bukan mustahil untuk dicapai terutama dengan adanya sokongan daripada kerajaan.
“Saya terperanjat dengan pengumuman itu tapi kita anggap ini sebagai satu cabaran untuk terus memperkasa golongan bumiputera di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu bilangan kemasukan penuntut UiTM ditingkatkan kepada 250,000
orang menjelang 2020 berbanding 180,000 sedia ada. Dr Sahol berkata selaras dengan peningkatan enrolmen pelajar itu, UiTM akan membina beberapa kampus baharu di seluruh negara untuk menampung keperluan. - BERNAMA
0 komentar:
Posting Komentar