Paris – Penolong jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane menyifatkan wang perpindahan yang dibayar kelab itu dalam mendapatkan pemain sayap Wales, Gareth Bale ‘tidak masuk akal’ dalam keadaan ekonomi masa kini.
Bale berpindah ke kelab gergasi Sepanyol itu dari Tottenham Hotspur minggu lalu untuk kontrak enam tahun dengan yuran perpindahan kira-kira 80 juta pound (RM406.14 juta).
Punyai potensi besar
Ketika ditanya sama ada jumlah besar itu berbaloi untuk mendapatkan Bale, bekas bintang Perancis itu berkata: “Kamu perlu tanya soalan itu setahun lagi.
“Sepuluh tahun lalu, mereka membeli saya 75 juta euro (RM321.165 juta) dan saya kata ia tidak berbaloi,” kata Zidane kepada program televisyen Canal Football Club, kelmarin.
“Hari ini saya akan katakan pemain tidak mempunyai nilai setinggi itu. Ia tidak masuk akal dengan apa yang berlaku hari ini untuk membayar sebanyak itu.”
Zidane berkata dia akan memberi nasihat kepada Bale yang pasti mahu berada dalam kesebelasan utama pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu. “Dia mempunyai potensi besar dan juga mempunyai banyak ruang untuk meningkatkan lagi mutu permainan.” AFP
0 komentar:
Posting Komentar