Senin, 10 Februari 2014

Kaitan genetik dan merokok

KESIHATAN

Kaitan genetik ?


APA kaitan genetik dengan tabiat ini?



Saintis menemukan variasi genetik yang membuatkan seseorang itu lebih mudah ketagih rokok dan lebih cenderung untuk menghidap kanser paru-paru.
Seorang perokok yang mewarisi variasi genetik ini daripada kedua ibu dan bapa mereka mempunyai 80 peratus lebih risiko menghidap kanser paru-paru berbanding perokok yang tidak mewarisinya.
Dan pewaris itu juga menunjukkan ia menghisap dua batang rokok lebih daripada kadar purata dalam sehari serta lebih sukar untuk berhenti merokok.
Kajian yang dilaporkan di dalam jurnal Nature and Nature Genetics ini mendapati variasi genetik tersebut, yang mengawal reseptor nikotin pada sel, dapat menjawab persoalan terhadap misteri kepada rantaian tabiat merokok, ketagihan nikotin dan kanser paru-paru.
Kajian baru itu mengejutkan kerana ia menyasarkan kawasan kod genetik yang tidak berkaitan dengan keseronokan dan ganjaran ketagihan.

0 komentar:

Posting Komentar