Rakyat India berang dengan keputusan dianggap tidak adil oleh mahkamah.
NEW DELHI - INDIA. Pasukan keselamatan India, semalam, terpaksa menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang merusuh membantah keputusan mahkamah terhadap seorang perogol.
Jurucakap polis berkata, rusuhan tercetus sejurus mahkamah juvana menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang daripada enam tertuduh yang merogol pelajar perubatan berumur 23 tahun secara berkumpulan dalam Disember lalu.
Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian luar dan dalaman anggota badan, meninggal dunia beberapa hari kemudian ketika menjalani rawatan di sebuah hospital Singapura.
"Tertuduh hanya dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan menyebabkan rakyat India marah," katanya dalam laporan Al-Jazeera.
Tertuduh bersama lima rakan sekongkolnya didakwa memukul dan merogol mangsa di dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama rakan lelakinya.
Sementara itu, keluarga mangsa turut melakukan bantahan dan menggesa pihak berkuasa menjatuhi hukuman setimpal kepada tertuduh.
Serangan itu juga, mencetuskan protes terbesar seluruh negara apabila rakyat India khasnya golongan wanita mula berasa tidak selamat dengan kawalan undang-undang.
Lapor Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, seorang wanita dirogol setiap 20 minit di India iaitu negara kedua termiskin dunia.
0 komentar:
Posting Komentar