13 Februari 2013
SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mendakwa pembangkang mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pemimpin Umno dan mencari wang bagi Pilihan Raya Umum 13 (PRU) adalah sangat memalukan.
Rafizi berkata, Umno sepatutnya berasa malu kerana akhbar parti itu sudah lima kali kalah dalam kes saman difailkan pembangkang kerana didakwa menyebarkan fitnah.
“Secara tuntas ini membuktikan pemimpin Umno hanya membawa dakyah fitnah dalam politik mereka. Kalau tidak macam mana (akhbar tersebut) boleh kalah di mahkamah?
“Kami menyaman sebab ada bukti, yakin dengan fakta kami boleh membuktikan fitnah politik oleh pemimpin Umno dan akhbar terbabit.
“Dakwaan Mohd Hafarizam seperti itu sebenarnya sangat memalukan kepada Umno sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tegas Rafizi, dasar pimpinan Umno yang mengawal media cetak dan televisyen menyebabkan pembangkang sentiasa bersiap sedia dengan bukti bagi melawan dakyah fitnah sengaja dicetuskan.
“Saya sendiri banyak terima ugutan saman daripada Barisan Nasional (BN) tapi saya tidak ambil kisah.
“Sebab saya tahu, apabila saya membuat sesuatu kenyataan, sudah semestinya saya bersedia dengan semua dokumen untuk bukti di mahkamah.
“Misalnya dalam kes National Feedlot Corporation (NFCorp), tinjauan pendedahan saya telah mendorong satu pendakwaan jenayah dibuat berkaitan kes itu,” katanya.
Rafizi berkata, beliau langsung tidak gentar menerima banyak ugutan saman daripada pihak lawan bahkan sentiasa berlapang dada sekiranya ramai lagi pemimpin BN yang hendak samannya.
Menurutnya, dakwaan Mohd Hafarizam bahawa pembangkang ingin mencari wang juga sangat memalukan.
Ini katanya, disebabkan peguam itu mesti tahu setiap prosiding kes di mahkamah memakan masa panjang termasuk urusan ganti rugi mahupun pampasan.
Justeru, adalah mustahil pembangkang menjadikan kes saman sebagai senjata untuk menjana wang bagi PRU13 yang tidak lama lagi.

0 komentar:
Posting Komentar